KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyaksikan beberapa upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bertempat di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia hari ini.
Pemeteraian MoU dan MoA itu adalah di antara Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) iaitu salah satu anak syarikat Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa melibatkan Australian National Phenome Centre (ANPC), AMILI Singapore, Monash Universiti Malaysia (MUM), Pacific Biosciences USA (PacBio), Numares AG dan Agilent Technologies Malaysia.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar serta tetamu kehormat lain.
Sumber dari : Sarawakku